Craig Lewis menjadi manusia pertama di dunia yang boleh terus hidup tanpa jantung. Semua ini terima kasih pada rawatan istimewa yang dibuat oleh dua orang doktor di Texas. Dr. Billy Cohn dan Dr. Bud Frazier dari Institut Jantung Texas telah berjaya menggantikan jantung Craig Lewis menggunakan pam yang berfungsi seperti jantung manusia.
‘Jantung palsu’ ini bagaimanapun, tidak memberikan Lewis denyutan nadi. Ini kerana jantung palsu ini tidak berfungsi seperti yang asli, ia hanya mengepam darah secara terus tanpa henti. Tetapi bagaimanapun hasilnya, selagi ia berkesan, Lewis akan terus hidup walau tanpa jantung dan nadi.