COVID19: Makin Ramai Pesakit Meninggal Di Kediaman

COVID-19

COVID19: Makin Ramai Pesakit Meninggal Di Kediaman

Pesakit yang meninggal akibat jangkitan Covid-19 di negara ini semakin meningkat. Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan kes mangsa dibawa sudah meninggal dunia atau Brought In Dead (BID) dan memberi tiga senario yang mungkin berlaku kepada kesemua mangsa BID.

Senario 1
Bergejala seperti demam dan batuk. Pergi ke klinik hanya untuk dapatkan ubat. Tidak buat ujian saringan #COVID19. Beberapa hari kemudian ditemui meninggal dunia di rumah.
Senario 2
Pesakit didapati positif Covid-19. Telah dilapor kepada KKM oleh klinik swasta. Ditemui meninggal di dunia di rumah sebelum dihantar ke PKRC atau hospital.
Senario 3
Hilang deria rasa dan sangat letih tapi tidak mengambil serius gejala-gejala ini. Pesakit hanya berehat di rumah. Beberapa hari kemudian ditemui meninggal dunia di rumah.
Angka jangkitan harian Covid-19 di Malaysia semakin membimbangkan dan sejak tiga hari lalu ia sudah melepasi 7,000 kes sehari.

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...