COVID19: Kes Meningkat 4,865 Hari Ini

COVID-19

COVID19: Kes Meningkat 4,865 Hari Ini

Sejak kebelakangan ini, kes Covid-19 di negara masih belum menunjukkan trend penurunan dari masa ke semasa. Sebanyak 4,865 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat ke 479,421 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu Selangor kekal mencatatkan pertambahan kes harian tertinggi dengan 1,743 kes dilaporkan.

Advertisement

Tambahnya, negeri lain turut mencatatkan kes tinggi hari ini iaitu Sarawak dengan 512 kes diikuti Kuala Lumpur (477), Johor (407) dan Kelantan (406).

“Semua negeri mencatatkan pertambahan kes hari ini dan hanya tiga negeri mencatatkan kes satu angka iaitu Putrajaya dengan sembilan kes, enam di Labuan dan dua di Perlis”.

Beliau berkata demikian dalam hantaran Facebook. Setakat semalam, negara merekodkan sebanyak 4,446 kes jangkitan baharu Covid-19 dengan 45 kematian.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...