COVID19: Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun Disarankan Berada Di Rumah Kecuali Dengan 3 Alasan

COVID-19

COVID19: Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun Disarankan Berada Di Rumah Kecuali Dengan 3 Alasan

Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan untuk berada di tempat awam atau tempat sesak kecuali dengan tiga alasan iaitu kecemasan, rawatan, pendidikan atau latihan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, rakyat Malaysia harus lebih prihatin kerana sebanyak 82,341 kes jangkitan Covid-19 di negara ini melibatkan bayi dan kanak-kanak.

Advertisement

Angka membimbangkan itu didedahkan oleh Dr Adham, yang memaklumkan dari jumlah itu, sebanyak 19,851 kes melibatkan kanak-kanak berusia bawah empat tahun; 8,237 kes (lima hingga enam); 26,851 (tujuh hingga 12) dan 27,402 (13 hingga 17) dan mereka adalah pesakit Covid-19 dalam kategori 1,2 dan 3.

Beliau juga menasihati para ibu bapa untuk lebih bertanggungjawab melindungi anak-anak daripada dijangkiti dan ini termasuk tidak membawa mereka ke tempat yang sesak.

DR ADHAM BABA

Walaupun tidak ada peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang membenarkan notis kompaun dikeluarkan kepada ibu bapa yang membawa anak-anak ke tempat sesak, kertas siasatan boleh dibuka.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...