COVID-19: Warga Itali Yang Berumur 80 Ke Atas Akan Dibiarkan Mati

Trending

COVID-19: Warga Itali Yang Berumur 80 Ke Atas Akan Dibiarkan Mati

Itali adalah negara yang paling teruk dilanda wabak Covid-19 di Eropah sehinggakan ia pernah mencatat sebanyak 398 kematian dalam tempoh 24 jam. Ia adalah rekod tertinggi berbanding mana-mana negara setakat ini.

Bagi mengurangkan penularan wabak ini, Itali telah mengumumkan perintah berkurung sejak minggu lalu dan kira-kira 60 juta penduduk telah pun berkurung di dalam rumah.

Advertisement

Baca: Itali Catatkan Peningkatan Drastik 368 Kematian Akibat Covid-19 Dalam Masa 24 Jam Sahaja

Kapasiti rawatan rapi di Itali semakin berkurang mereka hanya mempunyai 5,090 buah katil untuk merawat pesakit yang dijangkiti dan lebih daripada 15,000 pesakit memerlukannya.

Disebabkan krisis tersebut, unit pengurusan di Itali akan menentukan pasakit mana yang akan menerima rawatan dan pesakit mana yang tidak akan menerima rawatan.

petugas hospital mengusung pesakit coivd-19

Menurut sumber, Itali akan menolak untuk memberi rawatan rapi kepada pesakit Covid-19 yang berumur 80 tahun ke atas dan mana-mana pesakit yang mempunyai masalah kesihatan.

doktor yang sedang keluar masuk khemah saringan

Malah, keupayaan untuk seorang pesakit sembuh daripada rawatan juga akan turut dipertimbangkan. Situasi ini nyata sangat merisaukan dan mengejutkan apabila seorang doktor berkata jika protokol ini dilaksanakan mungkin sesetengah pesakit akan dibiarkan mati.

Kriteria yang perlu ada pada seorang pesakit covid-19 untuk layak mendapatkan rawatan rapi ialah pesakit mesti berusia kurang daripada 80 tahun yang tidak mempunyai masalah kesihatan lain (mempunyai skor indeks kejanggalan Charlson kurang daripada 5).

Tujuan protokol ini dibuat adalah kerana masalah kepadatan wad yang mereka hadapi yang menyebabkan ketidakseimbangan antara keperluan klinikal dengan pesakit covid-19.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...