(COVID-19): Warga Asing Dibenarkan Untuk Berjemaah Di Masjid Dan Surau Mulai 1 September

COVID-19

(COVID-19): Warga Asing Dibenarkan Untuk Berjemaah Di Masjid Dan Surau Mulai 1 September

Berikutan kes COVID-19 yang menular di negara kita, kerajaan mengambil banyak langkah pencegahan serta Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memastikan keselamatan rakyat terjamin. Antaranya ialah pendaftaran dan penghadan jemaah di dalam masjid dan surau.

Bagaimanapun, hari ini kerajaan telah memutuskan untuk membenarkan warga asing yang bekerja di Malaysia bersolat jemaah di masjid dan surau mulai 1 September 2020.

Advertisement

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mereka perlu mendaftar terlebih dahulu dan mematuhi setiap SOP yang ditetapkan masjid.

“Walau bagaimanapun mereka juga perlu mendaftar dan pihak masjid boleh menentukan kalau sudah pun mencukupi, tidak ada ruang lagi untuk mereka, jadi itu adalah keputusan jawatankuasa masjid sama ada membenarkan atau tidak.”

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...