COVID-19: US Kini Berada Di Hadapan Dengan Jumlah Kes Positif Terbanyak, Kalahkan China

Trending

COVID-19: US Kini Berada Di Hadapan Dengan Jumlah Kes Positif Terbanyak, Kalahkan China

Seperti yang diketahui umum, saban hari, kes COVID-19 kian meningkat di seluruh dunia. Meskipun China mendahului dengan jumlah kes terbanyak sebelum ini atas sebab lokasi pertama pandemik itu bermula, kini Amerika Syarikat telah pun memotong dan berada di tempat pertama bagi seluruh dunia.

Pada hari Khamis, Amerika Syarikat mendahului China dan Itali dengan 82,404 kes positif COVID-19 yang disahkan dan ianya telah dilaporkan oleh penyelidik daripada Universiti Johns Hopkins.

Advertisement

China kini berada di tempat kedua dengan 81,782 kes manakala Itali jatuh ke tempat ketiga dengan 80,589 kes yang dilaporkan. Amerika Syarikat kini mewakili 14.9% daripada kes positif di seluruh dunia.

amerika syarikat kes tertinggi covid-19

Hal ini mungkin disebabkan oleh negara itu yang melakukan pemeriksaan secara meluas di serata negara. Dikhabarkan lebih kurang 519,338 ujian COVID-19 yang telah dijalankan oleh Amerika Syarikat setakat ini.

Pun begitu, Amerika Syarikat masih berada di tangga ke-6 untuk jumlah kematian dengan 1,093 kes yang dilaporkan. Negara tersebut duduk di belakang Itali, Sepanyol, China, Iran dan Perancis (mengikut turutan).

Separuh daripada kes COVID-19 di Amerika Syarikat datang daripada New York iaitu dengan 37,258 yang dilaporkan. Negeri itu turut mempunyai 385 kes kematian berkaitan virus tersebut dan mendekati 100 kematian dalam 24 jam lepas.

Semoga pandemik ini akan surut tak lama lagi dan makin kurang nyawa yang terkorban.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...