COVID-19: UAE Perkenalkan Servis Perkhidmatan Perkahwinan Secara ‘Online’ Kepada Muslim

COVID-19

COVID-19: UAE Perkenalkan Servis Perkhidmatan Perkahwinan Secara ‘Online’ Kepada Muslim

Umum menyedari bahawa penularan COVID-19 telah memberi kesan kepada perancangan masa depan kita. Mana tidaknya segala aktiviti yang berkaitan perhimpunan ramai sudah tidak dibenarkan lagi.

Ramai daripada kita yang berasa kecewa dengan perkara tersebut, termasuklah pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka dan terpaksa membatalkannya berikutan penularan wabak COVID-19 kini.

Advertisement

Baca: [Foto] Majlis Kahwin Musim COVID-19 Hanya Perlu ‘Drive-Thru’ Dan Ambil Makanan

Peka dengan masalah itu, Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini dikatakan telah melancarkan perkhidmatan perkahwinan secara “online” yang membolehkan pasangan yang ingin bernikah melangsungkan perkahwinan mereka dari jarak jauh.

Perkhidmatan itu dilaksanakan bagi mengambil langkah berjaga-jaga dalam mencegah penyebaran virus tersebut.

Gambar Hiasan

Kedua calon pengantin dikatakan hanya perlu log masuk ke laman web tertentu untuk mengemukakan dokumen dan seterusnya memilih jurunikah pilihan mereka sendiri.

Apabila segala maklumat pernikahan sudah dihantar, tarikh majlis untuk pasangan pengantin dinikahkan akan ditetapkan.

Upacara pernikahan akan dilakukan secara langsung atas talian melalui pautan video.

Berikutan perkhidmatan itu, jurunikah akan meminta tandatangan pasangan itu secara atas talian terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kontrak perkahwinan.

Seterusnya, pegawai nikah akan memfailkan semua dokumen yang diperlukan oleh mahkamah undang-undang untuk mengesahkan perkahwinan pasangan.

Perkhidmatan ini bertujuan khusus untuk mengekalkan kesihatan dan keselamatan orang ramai.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...