(COVID-19) Tiga Kluster Baharu Dikenalpasti Dalam Negara

COVID-19

(COVID-19) Tiga Kluster Baharu Dikenalpasti Dalam Negara

Tiga kluster baharu COVID-19 kini dikesan di tiga kawasan berasingan iaitu di Sepang, Brickfields, dan Kuching.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, setakat ini terdapat dua kes positif dalam kalangan bukan warganegara direkodkan daripada kluster Rumah Kongsi Sepang yang dikesan di sebuah tapak pembinaan dengan 96 pekerja disaring sehingga 12 tengah hari semalam.

Advertisement

Pekerja binaan ini terdiri daripada sembilan warganegara Malaysia dan 87 bukan warganegara. Daripada jumlah yang telah disaring, 96 orang daripada mereka telah disampel dan setakat ini dua dilaporkan positif manakala 94 lagi negatif.

Ia melibatkan seorang warga Indonesia dan seorang warga Bangladesh. Punca jangkitan kluster ini masih dalam siasatan.

Kluster kedua pula iaitu kluster Restoran Kuala Lumpur yang dikesan di sebuah restoran di Brickfields, Dr Noor Hisham berkata, setakat 12 tengah hari semalam, 250 orang melibatkan 14 pekerja restoran dan 236 pelanggan disaring.

Jumlah itu adalah hasil saringan rawak di lapangan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan dua kes positif melibatkan dua warga India dikesan dalam kluster itu, manakala punca jangkitan kluster masih dalam siasatan.

Mengenai kluster ketiga iaitu kluster Jeti Kuching di Sarawak, seramai 25 nelayan telah disaring dan dua warganegara Indonesia dikesan positif COVID-19. Keputusan sampel bagi 23 yang lain adalah negatif dan punca jangkitan kluster juga masih dalam siasatan.

“Lima kes di Sarawak membabitkan satu kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes ke-8743), satu kes saringan kendiri, satu kes saringan sebelum kembali bekerja dan dua kes saringan rawak di lapangan iaitu di pintu masuk utama Sarawak.”

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...