(COVID-19): Terus Meningkat, 691 Kes Positif Covid-19 Dilaporkan Dengan 4 Kematian Hari Ini

Trending

(COVID-19): Terus Meningkat, 691 Kes Positif Covid-19 Dilaporkan Dengan 4 Kematian Hari Ini

Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham telah memaklumkan berkenaan perkembangan semasa pandemik Covid-19 di dalam negara.

Advertisement

Bagaimanapun ia kelihatan agak berlainan apabila beliau tampil mengadakan sidang media secara atas talian berikutan perlu menjalani kuarantin kendiri di rumah berikutan mempunyai kontak rapat dengan seorang menteri yang positif wabak tersebut.

Menurutnya sebanyak  691 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan di negara ini melibatkan 688 kes tempatan dan 3 kes import, sekali gus menjadikan kes tertinggi sejak wabak tersebut melanda Malaysia.

Dedahnya lagi, lebih separuh kes hari ini iaitu 394 dari Kluster Tembok, Kedah (penjara) dan 219 kes dari zon-zon merah di Sabah.

Lebih perit, terdapat 4 kes kematian dilaporkan pada hari ini. Walau bagaimanapun, sebanyak  87 kes sembuh dilaporkan dan dibenarkan discaj daripada wad kerana sudah sembuh.

Namun begitu seramai 31 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 8 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan. Jumlah kes keseluruhan adalah sebanyak 13,504 kes.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...