COVID-19: Syed Saddiq Dipuji Derma Pendapatan Bulan Ini Untuk Bantu Golongan Memerlukan

COVID-19

COVID-19: Syed Saddiq Dipuji Derma Pendapatan Bulan Ini Untuk Bantu Golongan Memerlukan

Dalam masa yang genting bagi Malaysia kini, segala bantuan sangat diperlukan bagi melawan wabak COVID-19 daripada terus membimbangkan pihak bertanggungjawab dan rakyat. Acap kali Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan peringatan supaya mengikut langkah pencegahan yang telah ditetapkan seperti kerap kali mencuci tangan dan menyarungkan topeng muka. Namun disebabkan panik, bekalan barangan penting ini sudah semakin surut.

Bukan itu sahaja, malahan golongan yang tidak berkemampuan tidak dapat mendapatkan bekalan ini dalam kadar yang segera dan mudah kerana kekangan hidup. Jikalau dilihat di luar negara terutamanya negara seperti Korea, ramai selebriti mereka telah menghulurkan derma bernilai jutaan ringgit bagi membantu mereka yang susah ini. Malahan di Singapura pula, presiden dan menteri telah sebulat suara memotong gaji mereka bagi menunjukkan soladiriti kepada semua ketika musibah ini.

Advertisement

4 years ago

Negara Lain Terima Bantuan Daripada Menteri, Rakyat Malaysia Pertikai Keperluan Tabung COVID-19

Namun di Malaysia, tidak kelihatan bantuan daripada pihak atasan sedemikian melainkan kerajaan yang telah melancarkan Tabung COVID-19 dengan geran RM1 juta.

rakyat persoal tabung covid-19

Pun begitu, mengejutkan apabila Ahli Parlimen Muar iaitu YB Syed Saddiq yang juga merangkap bekas Menteri Belia Dan Sukan dikatakan telah mendermakan pendapatannya pada bulan ini untuk membantu mereka yang memerlukan pada saat genting dek wabak COVID-19.

syed saddiq derma gaji untuk bantu golongan memerlukan

Berita ini didedahkan oleh pembantu Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin menerusi laman Twitter peribadinya.

Pendedahan itu nyata membuatkan ramai netizen yang memuji tindakan mulia Syed Saddiq kerana tidak kisah untuk menggunakan sebulan pendapatannya bagi membantu sesiapa yang terjejas kerana COVID-19.

netizen puji tindakan mulia syed saddiq

Semoga bantuan Syed Saddiq ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban golongan susah dalam mengatasi saat susah kerana COVID-19.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...