COVID-19: ‘Simpan Untuk Yang Lebih Muda’ Warga Emas Enggan Dipakaikan Alat Bantuan Pernafasan Meninggal Dunia

COVID-19

COVID-19: ‘Simpan Untuk Yang Lebih Muda’ Warga Emas Enggan Dipakaikan Alat Bantuan Pernafasan Meninggal Dunia

COVID-19 adalah virus yang telah meragut banyak nyawa manusia di serata dunia. Difahamkan sebelum ini, keluar beberapa fakta mengatakan bahawa virus ini lebih mudah dijangkiti oleh mereka yang lebih berusia berikutan imuniti badan mereka yang rendah.

Baca: COVID-19: Lelaki Lebih Berisiko Mati Berbanding Wanita?

Advertisement

Baru-baru ini dikhabarkan muncul satu berita sedih dan mengharukan tentang warga emas yang merupakan pesakit COVID-19 berusia 90 tahun meninggal dunia setelah menolak untuk dipakaikan alat bantuan pernafasan kepadanya.

Wanita ini menolak untuk diberikan bantuan alat pernafasan walaupun beliau, mengalami masalah sesak nafas.

suzanne hoylearts, 90

Suzanne Hoylaerts, 90 yang berasal dari Lubbeek, Belgium itu dilaporkan berbuat demikian kerana ingin mengutamakan pesakit yang lebih muda.

Saya tak mahu menggunakan bantuan pernafasan. Simpan untuk pesakit yang lebih muda. Saya telah melalui hidup yang baik.

Ketika dihantar ke hospital, doktor mendapati bahawa kandungan oksigen di dalam tubuh Suzanne rendah.

Menurut Judith, ibunya itu sudah mula jatuh sakit sejak dua minggu lalu setelah terdapat simptom-simptom seperti hilang selera makan dan sukar bernafas. Tetapi menurutnya lagi, ibunya tidak pernah mengalami sebarang gejala seperti batuk dan juga demam.

Walaubagaimanapun, hasil ujian mendapati Suzanne sah dijangkiti coronavirus, dan terpaksa dirawat di unit kecemasan tanpa keluarga di sisi.

Kamu tak boleh menangis. Kamu telah lakukan yang terbaik. Ibu telah lalui hidup yang baik.

Suzzane dikatakan telah meninggal dunia pada 21 Mac, sehari setelah dimasukkan ke hospital.

Baca: COVID-19: 2 Warga Emas Pergi ‘Hiking’ Semasa PKP Ditahan Polis

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...