COVID-19 Serang Lapisan Saluran Darah Sehingga Lumpuhkan Pelbagai Organ Dalaman Pesakit

COVID-19

COVID-19 Serang Lapisan Saluran Darah Sehingga Lumpuhkan Pelbagai Organ Dalaman Pesakit

Mengejutkan apabila menurut kajian terperinci yang dijalankan, COVID-19 akan menyerang lapisan saluran darah di serata tubuh badan sehingga boleh melumpuhkan beberapa organ penting.

Virus itu bukan sahaja menumpukan pada paru-paru tetapi saluran darah di merata tempat.

Bahkan penyelidik menemui bahawa virus merbahaya ini bukan sahaja menyebabkan pneumonia. Walhal ia akan memasuki endothelium (lapisan sel) yang merupakan pertahanan kepada saluran darah, jadi ia akan meruntuhkan dinding pertahanan yang ada dan menyebabkan masalah kepada peredaran darah dalam pembuluh mikro.

Advertisement

Kemudiannya, darah yang dipam ke seluruh bahagian dalam badan akan mula berkurangan dan akhir sekali, akan berhenti beredar.

Oleh kerana itu, pesakit akan mengalami masalah pada kesemua organ seperti jantung, buah pinggang, usus dan serata tempat mengikut pemerhatian klinikal.

covid-19 serang saluran darah

Hal ini menjelaskan dengan lebih terperinci mengapa perokok dan individu yang sudah mempunyai kondisi seperti fungsi endothelium yang lemah atau pun saluran darah yang tidak sihat adalah lebih mudah diserang oleh COVID-19.

Antara kondisi lain yang terdedah dengan lebih mudah kepada virus ini ialah tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti dan penghidap penyakit kardiovaskular.

Selepas kajian dilakukan, penyelidik menjumpai lapisan saluran darah yang dipenuhi dengan virus dalam badan pesakit COVID-19 dan lebih teruk apabila fungsi saluran darah pada organ mereka sudah pun rosak.

Tidak tunjuk belas kasihan langsung virus ini.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...