Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan pandemik COVID-19 semakin serius dan masih terlalu jauh untuk berakhir.
Jumlah kes COVID-19 di Malaysia merangkumi 0.4 peratus daripada 5,559,130 kes dicatatkan di seluruh dunia, sekali gus dilihat masih sukar untuk dihapuskan.
Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bagaimanapun jumlah kes baharu di negara ini, dilihat semakin berkurangan. Jumlah kes semalam kembali ke angka dua digit selepas menunjukkan peningkatan disebabkan pengesanan kes COVID-19 di beberapa Depoh Tahanan Imigresen (DTI).
“Penurunan kes COVID-19 daripada penularan tempatan ini selaras dengan unjuran sebelum ini oleh pihak kementerian.”
Menurutnya, ia hasil tindakan yang dilaksanakan sejak sebulan lalu semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan seterusnya ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Selain itu, penurunan jumlah kes itu turut dibantu dengan pematuhan orang ramai terhadap norma dan kelaziman baharu serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk pelbagai sektor dan industri.
Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia khuatir kemungkinan akan berlakunya peningkatan kes COVID-19 susulan pengerakan orang ramai melalui aktiviti kunjung-mengunjung, merentas negeri dan pergaulan di kalangan masyarakat semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.