(COVID-19): Restoran Ini Dilaporkan Tidak Merekod Sebarang Butiran Pelanggan

COVID-19

(COVID-19): Restoran Ini Dilaporkan Tidak Merekod Sebarang Butiran Pelanggan

Kes penularan wabak pandemik COVID-19 di Malaysia yang sudah mula terkawal meningkat semula selepas kewujudan beberapa kluster baharu di beberapa buah negeri.

Antaranya Kluster PUI Sivagangga yang dilaporkan berpunca daripada seorang pemilik kedai makan yang pulang ke Malaysia dari India dan telah diberi arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO). Namun, lelaki itu bersifat tidak bertanggungjawab apabila tidak mematuhi perintah berkenaan.

Advertisement

Kedai makan tersebut iaitu Restoran Salleh Nasi Kandar di Napoh, Jitra Kedah ini turut dikatakan tidak merekodkan kehadiran dan suhu pelanggan serta tidak menggunakan aplikasi MySejahtera telah menyukarkan pihak petugas di Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Kesihatan Negeri untuk mengesan kontak rapat para pengunjung yang telah ke restoran berkenaan.


Datuk Dr Noor Hisham dalam sidang medianya semalam menyatakan, sebanyak 425 orang sudah disaring dan 21 kes dikesan positif COVID-19, 362 negatif dan 42 masih lagi menunggu keputusan.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...