Sebanyak 869 kes baru Covid-19 dicatatkan hari ini iaitu catatan paling tertinggi sejak pandemik itu dilaporkan berlaku di Malaysia.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, kesemua kes baru itu membabitkan penularan tempatan.
Daripada jumlah itu, sebanyak 745 kes melibatkan warganegara Malaysia.
Sabah terus mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 451 kes, diikuti Selangor dengana 159 kes baru, Kuala Lumpur 15 kes dan Putrajaya dua kes. Ketiga-tiga kawasan ini kini berada di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).
Untuk rekod, jumlah kes aktif ketika kini telah mencecah 6,886 kes. Malah, empat kematian juga turut dilaporkan setakat 12 tengah hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes kematian bertambah 180 kes.