COVID-19: Rakyat Malaysia Penuhi Pasaraya Untuk Beli Bekalan Stok

Trending

COVID-19: Rakyat Malaysia Penuhi Pasaraya Untuk Beli Bekalan Stok

Penularan wabak COVID-19 di negara kita menjadi semakin parah apabila semalam Malaysia telah mencatatkan sebanyak 190 kes baru. Perkara yang tidak diduga ini membuatkan penduduk di Malaysia semakin panik dan tidak senang duduk. Tambahan pula, terdapat khabar angin yang tersebar mengenai negara ini yang mungkin akan melalui proses ‘lockdown’ sekiranya keadaan tidak kembali pulih.

Hari ini hampir seluruh pasaraya di Malaysia penuh sesak dengan orang ramai yang membuat pembelian bekalan keperluan secara besar-besaran sehingga mendapat perhatian di Twitter.

Advertisement

Berikut antara perkongsian di Twitter berkenaan situasi tersebut hari ini:

 

Menerusi perkongsian tersebut, banyak barangan keperluan seperti bekalan makanan, tisu tandas dan kelengkapan peribadi ‘laku keras’ di setiap pasaraya.

Troli yang dipenuhi barangan pembelian panik di pasaraya di malaysia kaunter pembayaran sesak di salah satu pasaraya

Bukan itu sahaja, terkini hashtag #tesco iaitu sebuah pasaraya terkenal juga sedang trending di Twitter. Dikatakan juga bahawa negara kita bukanlah satu-satunya negara yang sedang mengalami fenomena ini tetapi ianya turut berlaku di negara luar.

 

Pembelian panik seperti ini mungkin hanya akan menimbulkan kesusahan kepada orang lain kerana akan berlaku kekurangan stok secara mendadak. Membelilah dengan bijak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...