Penularan wabak COVID-19 di negara kita menjadi semakin parah apabila semalam Malaysia telah mencatatkan sebanyak 190 kes baru. Perkara yang tidak diduga ini membuatkan penduduk di Malaysia semakin panik dan tidak senang duduk. Tambahan pula, terdapat khabar angin yang tersebar mengenai negara ini yang mungkin akan melalui proses ‘lockdown’ sekiranya keadaan tidak kembali pulih.
Hari ini hampir seluruh pasaraya di Malaysia penuh sesak dengan orang ramai yang membuat pembelian bekalan keperluan secara besar-besaran sehingga mendapat perhatian di Twitter.
Berikut antara perkongsian di Twitter berkenaan situasi tersebut hari ini:
Where have all the toilet paper gone? Use a bidet la!#malaysia #COVID19malaysia pic.twitter.com/BkBXU2LUTF
— dr_ingky (@mediiskinstudio) March 15, 2020
The panic buying has begun. Aeon 1Utama. Trolleys have run out, no chicken, tissues are running out (WTF for), queues until forever. #panicbuyers #coronvirusuk #COVID19malaysia pic.twitter.com/mQutTRGaxP
— Elizabeth Tai ?? (@liztai) March 16, 2020
Menerusi perkongsian tersebut, banyak barangan keperluan seperti bekalan makanan, tisu tandas dan kelengkapan peribadi ‘laku keras’ di setiap pasaraya.
Bukan itu sahaja, terkini hashtag #tesco iaitu sebuah pasaraya terkenal juga sedang trending di Twitter. Dikatakan juga bahawa negara kita bukanlah satu-satunya negara yang sedang mengalami fenomena ini tetapi ianya turut berlaku di negara luar.
Zombie apocalypse outside Tesco today #coronavirusuk #panicshopping should be ashamed of yourselves pic.twitter.com/60TGvw3uM1
— Rhonda (@Opinionthatmat1) March 15, 2020
Pembelian panik seperti ini mungkin hanya akan menimbulkan kesusahan kepada orang lain kerana akan berlaku kekurangan stok secara mendadak. Membelilah dengan bijak.