COVID-19: Rakyat Lapar Di Colombia, Kibar Bendera Merah Untuk Minta Bantuan Makanan

Trending

COVID-19: Rakyat Lapar Di Colombia, Kibar Bendera Merah Untuk Minta Bantuan Makanan

Penularan wabak COVID-19 sangat memberi kesan kepada kehidupan manusia di seluruh dunia, kerana hampir semua aktiviti harian yang melibatkan orang ramai terpaksa dihentikan buat masa sekarang.

Oleh itu, pelbagai masalah telah timbul termasuk kehilangan punca pendapatan seharian. Ramai pekerja terpaksa mendapatkan cuti tanpa gaji dalam tempoh masa yang lama sehingga terdapat masyarakat di sesebuah negara terputus bekalan makanan.

Advertisement

Baca: COVID-19: Dunia Diramal Akan Mengalami Masalah Kekurangan Bekalan Makanan Bulan Ini

Kali ini dikhabarkan, terdapat banyak keluarga yang sedang menghadapi masalah kekurangan bekalan makanan bertindak meletakkan ‘kain merah’ di pintu dan tingkap rumah mereka untuk meminta pertolongan.

Kejadian dipercayai berlaku di sesetengah kawasan di Bogota dan dipinggir ibu kota Colombia

Gambar Hiasan

Datuk Bandar Soacha di sebuah bandar di Bogota berkata bahawa tindakan mengibarkan kain merah itu adalah bertujuan untuk mencetuskan perpaduan dalam kalangan penduduk di sana.

Perkara tersebut juga perlu dilakukan kepada mereka yang masih tidak menerima apa-apa bantuan atau subsidi daripada kerajaan.

 

Kain merah membantu kerajaan tempatan mengetahui siapa yang memerlukan bantuan segera.

Menurut sumber, sudah ramai penduduk di Soacha telah menerima pakej makanan yang diagihkan oleh kerajaan tetapi dengan bendera merah, mereka mendapati bahawa masih ramai lagi yang memerlukannya.

Untuk pengetahuan anda, sebanyak 50 peratus penduduk di Colombia bekerja dalam sektor tidak formal dan majoritinya tidak mempunyai simpanan untuk berdepan dengan krisis COVID-19 di negara itu.

Tempoh kuarantin di negara ini akan dilaksanakan sehingga 27 April

Colombia dikatakan telah melanjutkan tempoh kuarantin di negara tersebut. Hal ini telah membuatkan jutaan penduduk di sana akan berdepan dengan masalah antara risiko jangkitan, kelaparan dan kehilangan tempat tinggal dalam masa yang lebih lama.

Colombia telah mencatat sebanyak 1,579 kes COVID-19 dengan 46 kematian.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...