COVID-19: Pusat Perubatan Mawar Tawarkan Ujian ‘Drive Thru’ Kepada Masyarakat

Trending

COVID-19: Pusat Perubatan Mawar Tawarkan Ujian ‘Drive Thru’ Kepada Masyarakat

Dalam membantu mencegah penularan COVID-19, Pusat Perubatan Mawar telah menawarkan bantuan kepada masyarakat di kawasan Seremban yang ingin mendapatkan pemeriksaan saringan Covid-19 secara ‘Drive Thru‘.

Baca: Senarai Penuh Syarikat Yang Menawarkan Ujian Saringan Covid-19 Dari Rumah Sahaja

Advertisement

Pengerusi Pusat Perubatan Mawar iaitu Datuk Lee Tian Hock berkata, perkhidmatan ini ditawarkan adalah untuk membantu meringankan beban hospital kerajaan berikutan permintaan ujian saringan yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat ketika ini.

Khidmat ini dikatakan akan beroperasi setiap hari Isnin hingga Sabtu pada jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan akan memberikan perkhidmatan pemeriksaan kepada 30 orang dalam masa sehari.

Gambar Hiasan

“Tetapi untuk ‘walk in’, kita ‘charge’ RM650 sebab ia melibatkan kos khususnya membabitkan peralatan perlindungan diri (PPE)”

Jelasnya lagi, dengan cara ini mereka dapat mengurangkan kos PPE. Setiap anggota perubatan perlu menukar PPE sekali bagi setiap pemeriksaan ‘walk in’. Tetapi untuk ujian ‘drive thru’ ini, anggota mereka boleh menggunakan satu PPE setiap lima kali prosedur pemeriksaan.

Setakat ini, seramai 15 individu telah melakukan pemeriksaan di pusat berkenaan dengan ujian yang ditawarkan pada harga RM550.

Selain itu, pihak mereka juga telah menetapkan jumlah individu yang boleh melakukan pemeriksaan secara ‘drive thru’ itu adalah sekitar 15 hingga 20 orang sehari dan selebihnya perlu menjalani ujian secara ‘walk in’. Hal ini kerana makmal yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan tidak boleh menampung begitu banyak spesimen.

Menurut sumber, keputusan ujian hanya akan diketahui dalam tempoh tiga hari.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...