COVID-19: Program Suntikan Vaksin Fasa Pertama Negara Bermula Hari Ini

COVID-19

COVID-19: Program Suntikan Vaksin Fasa Pertama Negara Bermula Hari Ini

Hari ini akan menjadi sejarah buat negara yang akan melaksanakan program imunisasi Covid-19 secara besar-besaran di Klinik Kesihatan Putrajaya.

Ia bertujuan untuk melindungi rakyat daripada wabak penyakit berjangkit yang telah meragut lebih 1,000 nyawa.

Advertisement

Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah individu pertama yang akan menerima suntikan satu daripada dua dos vaksin Pfizer-BioNTech pada jam 3 petang bertempat di Klinik Kesihatan Putrajaya, Presint 11.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah adalah antara individu yang dijadualkan untuk menerima suntikan vaksin bersama empat lagi petugas Kementerian Kesihatan di klinik yang sama.

PM dan Dr Noor Hisham

Sementara itu, pemimpin di seluruh dunia  seperti Perdana Menteri Singapura dan Presiden Indonesia juga mengetuai senarai yang menerima suntikan vaksin dalam memberi keyakinan kepada rakyat bahawa vaksin yang diberikan selamat digunakan.

Advertisement

Selain itu, sebanyak 312, 390 dos vaksin Pfizer-BioNTech telah tiba di Malaysia dan dihantar ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan juga Johor di mana vaksin berkenaan dibawa ke Singapura yang menjadi hab pengagihan vaksin Covid-19 ke negara Asia Pasifik.

Mereka yang akan menerima suntikan pada hari ini akan diberikan taklimat khusus selain perlu menandatangani borang persetujuan.

Program Suntikan Vaksin

Seramai 571,802 anggota barisan hadapan mendaftar untuk mendapatkan suntikan itu dengan 57.3 peratus adalah petugas sektor perubatan dan kesihatan, sementara baki 42.7 peratus anggota sektor keselamatan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Penjara, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan juga Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Selain itu, sekumpulan guru dan wartawan juga akan dipilih untuk menjadi kumpulan pertama yang akan menerima suntikan vaksin dalam program tiga fasa berkenaan.

Turut diumumkan kumpulan kedua vaksin yang sama akan tiba di negara pada hari ini sebanyak 182,520 dos.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...