Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri hari ini mengumumkan beberapa kawasan di Selangor dan Sabah akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Katanya, PKPB akan berkuatkuasa mulai tengah malam 9 Oktober ini di Klang, Selangor serta Sandakan, Papar dan Tuaran di Sabah.
Beliau yang melakukan sidang Media Khas yang disiarkan secara langsung dari rumah memaklumkan, keputusan itu dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berikutan peningkatan kes COVID-19 di kawasan terbabit.
“Pelaksanaan PKPB dilakukan untuk membendung penularan COVID-19 dan membolehkan aktiviti pengesanan aktif dilakukan. Hanya Perkhidmatan Perlu (Essential Service) termasuk kilang-kilang dan rantaian yang berkaitan dalam perkhidmatan perlu adalah dibenarkan”
Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB di Sandakan, Papar, Tuaran (Sabah) dan Klang berkuatkuasa 12.01 tengah malam 9 Oktober 2020 – @IsmailSabri60
— KKMalaysia?? (@KKMPutrajaya) October 7, 2020
Untuk rekod, antara prosedur PKPB yang dikuat kuasakan adalah seperti waktu operasi stesen minyak dan pasar, rumah ibadat ditutup, serta tiada sebarang aktiviti sosial dibenarkan.
Terdahulu, pada Isnin, Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan telah dikenakan perintah PKPB.
Sumber: BH Online