(COVID-19): Penggunaan Pelitup Muka Bantu Kurangkan Kes Di Amerika Syarikat

COVID-19

(COVID-19): Penggunaan Pelitup Muka Bantu Kurangkan Kes Di Amerika Syarikat

Kes jangkitan COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) kini semakin menurun secara berterusan semenjak rakyatnya diarahkan wajib untuk memakai pelitup muka di tempat awam.

Kadar kes baharu harian dilihat semakin perlahan di bawah satu peratus selepas lima hari arahan wajib penggunaan pelitup muka itu. Selepas 21 hari kadar pertumbuhan dilihat sekitar dua peratus, menurut penyelidikan Jabatan Pengurusan Dasar dan Kesihatan di Universiti Iowa.

Advertisement

Di antara tarikh 8 April ke 15 Mei, 15 Gabenor negeri AS dan Datuk Bandar Washington, telah menandatangani perintah untuk mewajibkan penggunaan pelitup muka di tempat awam.

Penyelidik telah melakukan kajian terhadap perubahan dalam kadar kes COVID-19 di peringkat daerah di sana, antara 31 Mac dan 22 Mei. Kajian menganggarkan 230,000-450,000 kes mungkin dapat dicegah pada tarikh itu sekiranya pihak kerajaan mengambil langkah seperti yang dilakukan sekarang.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...