Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-92 pada April ini telah ditangguhkan untuk kesemua cawangan kampus universiti termasuk kampus Shah Alam berkuat kuasa serta merta susulan penularan wabak COVID-19.
Prof. Emeritus Datuk Dr Ir Mohd Azraai Kassim sebagai Naib Canselor berkata, tarikh baru majlis konvokesyen tersebut akan dimaklumkan kelak. Keputusan tersebut diambil setelah mengambil maklum perkembangan terkini wabak yang semakin menular itu.
Sehubungan itu, mengambil kira nasihat KKM (kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 11 Mac adalah dirujuk) dan Mesyuarat Khas Istiadat Konvokesyen UiTM ke-92 yang dipengerusikan Naib Canselor pada 12 Mac.
Pengurusan Eksekutif UiTM telah membuat keputusan untuk menangguhkan istiadat itu.
Dalam kenyataan yang sama, Prof. Emeritus Datuk Dr Ir Mohd Azraai Kassim memohon maaf atas segala kesulitan dan perkara yang terpaksa dihadapi oleh seluruh warga UiTM.
Pengurusan UiTM juga sangat menghargai kefahaman, sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam hal ini. semoga wabak ini dapat ditangani segera dan keadaan kembali pulih sepenuhnya.
Untuk pengetahuan umum, UiTM adalah satu-satunya universiti yang mengadakan majlis konvokesyen dua kali dalam setahun. Bulan April dan Oktober merupakan bulan yang tidak asing lagi buat pelajar UiTM di seluruh negara untuk menyambut hari bersejarah sesudah menamatkan pengajian.