(COVID-19): Pemilik Kedai Nasi Kandar Salleh, Cetus Kluster Sivagangga Di Penjara Lima Bulan Dan Denda RM12,000

COVID-19

(COVID-19): Pemilik Kedai Nasi Kandar Salleh, Cetus Kluster Sivagangga Di Penjara Lima Bulan Dan Denda RM12,000

Pemilik kedai Nasi Kandar Salleh di Napoh, Kubang Pasu dihukum penjara lima bulan dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan.

Tertuduh didapati bersalah kerana tidak mematuhi perintah pengawasan dan pemerhatian pada 14 Julai lalu sehingga mencetuskan kluster Sivagangga.

Advertisement

Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun menjatuhkan hukuman itu terhadap Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57, pada sesi pertuduhan khas yang diadakan di Hospital Lama Alor Setar, di mana tempat tertuduh dikuarantin selepas didapati positif COVID-19.COVID-19: Pemilik Restoran Nasi Kandar Salleh didenda RM12,000 ...

Nezar Mohamed dituduh meninggalkan tempat yang telah yang telah ditetapkan untuknya menjalani pengawasan dan pemerhatian yang dikeluarkan terhadapnya di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di premis Bank Rakyat Cawangan Jitra pada 4.40 petang; di premis Agro Bank Cawangan Jitra pada 3.58 petang; di premis Pusat Khidmat Hasil Kubang Pasu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 3.35 petang dan di premis Public Bank Cawangan Jitra pada 3 petang, 14 Julai lepas.

Nezar Mohamed dijatuhi hukuman penjara lima bulan, menjadikan jumlahnya 20 bulan, bermula hari ini dan denda RM,3000 bagi setiap pertuduhan dan hanya perlu menjalani  hukuman penjara lima bulan selepas mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan serentak.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zabidah Ahmad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Katanya tertuduh telah menyebabkan kesihatan awam terjejas dengan tercetusnya kluster Sivagangga pada 28 Julai lepas, melibatkan tiga daerah di Kedah (Kubang Pasu, Kulim, Padang Terap), satu daerah di Perlis (Kangar) dan dua daerah di Pulau Pinang (Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah).

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...