(COVID-19) Malaysia Mencatatkan Sifar Kes Baharu Tempatan Hari Ini

COVID-19

(COVID-19) Malaysia Mencatatkan Sifar Kes Baharu Tempatan Hari Ini

Seluruh rakyat Malaysia pastinya merasa bangga dan bersyukur kerana tiada kes baharu COVID-19 yang melibatkan penularan tempatan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan hanya terdapat satu kes baharu COVID-19 yang merupakan kes import di mana pesakit mendapat jangkitan di luar negara. Pesakit merupakan warganegara Malaysia berusia 21 tahun yang baru pulang dari negara Turki.

Advertisement

“Hingga 1 Julai 2020 jam 12 tengah hari terdapat hanya 1 kes baru dilaporkan menjadikan 8,640 kes. Oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 berkurang kepada 144 kes sahaja.”


Dr. Noor Hisham turut menzahirkan rasa bersyukur dan terima kasih kepada seluruh rakyat yang memberikan bekerjasama kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengekang penularan wabak ini.

Dia juga mengingatkan agar rakyat Malaysia terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) supaya negara ini dapat terus bebas daripada wabak COVID-19.

“Kita kena jaga kita, jaga komuniti kita, jaga masyarakat kita dan negara kita.”

Seramai empat pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi dengan dua kes bukan warganegara yang memerlukan bantuan pernafasan.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...