Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan sebanyak 21 kes baharu COVID-19 di negara ini setakat 12 tengahari tadi. Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan meningkat kepada 8,800 kes.
Terkini #covid19malaysia, 20 Julai
Kes sembuh= 2
Jumlah kes sembuh= 8,555
Kes positif= 21
(kes import=6, kes tempatan=15)
Jumlah positif= 8,800
Kes kematian=0
Jumlah kes kematian= 123
Kes dirawat di ICU= 3
Bantuan Alat Pernafasan= 1 pic.twitter.com/glqQwglpNx— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) July 20, 2020
Selain itu, KKM turut melaporkan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan telah kembali kepada tiga angka dengan 122 kes.
Daripada 21 kes tersebut, enam daripadanya merupakan kes import manakala 15 lagi adalah daripada kes penularan tempatan.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.