COVID-19 : Malaysia Catat Kes ‘Sporadic’ Pertama

Trending

COVID-19 : Malaysia Catat Kes ‘Sporadic’ Pertama

Sporadic adalah pesakit yang telah dijangkiti COVID-19 dan tidak mempunyai mana-mana sejarah perjalanan ke luar negara yang telah terjejas dengan wabak coronavirus atau berhubung dengan mana-mana pesakit yang dijangkiti.

Semalam, Malaysia telah mengesahkan bahawa terdapat kes sporadic yang pertama yang ditemui. Perkara ini menandakan untuk pertama kalinya coronavirus itu dikesan secara terpencil dan rawak dalam kalangan masyarakat kita.

Advertisement

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kes ini dapat dikesan selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan pengawasan terhadap 600 sampel yang diambil daripada orang awam yang mempunyai masalah pernafasan seperti influenza-like ilness (ILI) dan severe acute respiratory infection (SARI).

Menurut beliau KKM telah mengumpulkan sebanyak 600 sampel, 138 mempunyai masalah SARI dan 462 pula masalah ILI. Pengumpulan sampel dikumpulkan sehingga Isnin lepas.

Hasil daripada ujian yang dilakukan terhadap sampel yang dikumpul mereka mengesahkan bahawa salah satu sampel itu telah dijangkiti Covid-19.

Perkara ini telah memberi jaminan kepada Malaysia untuk menaik taraf mekanisme tindak balas nasional kepada “Risiko Tinggi” bagi wabak coronavirus. Tetapi sebelum membuat keputusan Dato Dr Noor Hisham meminta untuk menyiasat perkara ini terlebih dahulu.

Kementerian masih lagi sedang mengenalpasti hubungan rapat pesakit tersebut dengan kes-kes lain melalui pengesanan kenalan.

Siasatan akan terus dilakukan secara berterusan sehingga punca jangkitan sporadic ini  dikenal pasti.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...