COVID-19: Malaysia Catat Kematian Ke-24, Ada Sejarah Perjalanan Ke Indonesia Pada Awal Mac

Trending

COVID-19: Malaysia Catat Kematian Ke-24, Ada Sejarah Perjalanan Ke Indonesia Pada Awal Mac

Meskipun ramai rakyat Malaysia yang mendoakan supaya semua pesakit positif COVID-19 dapat melawan virus ini tetapi apakan daya sekiranya mangsa tidak dapat diselamatkan. Terbaru, satu kematian lagi dicatatkan pada hari ini (27 Mac) menjadikan kesemua jumlah kematian jatuh pada angka 24 setakat ini.

Menerusi maklumat yang diberi, mangsa ke-24 ini merupakan rakyat Malaysia yang berumur 35 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada awal Mac tahun ini.

Advertisement

Pesakit tersebut menunjukkan simptom selama lima hari sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 18 Mac lepas dan disahkan positif COVID-19 dua hari kemudian.

Selepas pada itu, kesihatannya mula merudum dan akhirnya, dia menghembuskan nafas yang terakhir pada 26 Mac semalam, tepat jam 9.30 malam.

Setakat kelmarin, terdapat 235 kes baru yang dilaporkan, secara tak langsung menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 2,031 kes.

covid-19 di malaysia

Dilaporkan bahawa 60 daripada jumlah kes terbaru itu melibatkan daripada kluster tabligh yang berhimpun di Masjid Seri Petaling manakala yang selebihnya masih lagi dalam sisatan.

Buat masa ini, seramai 45 kes positif COVID-19 sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Salam takziah kepada keluarga mangsa.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...