COVID-19: Malaysia Akan Mencapai Kemuncak Kes Pada Pertengahan April Mengikut Jangkaan WHO

COVID-19

COVID-19: Malaysia Akan Mencapai Kemuncak Kes Pada Pertengahan April Mengikut Jangkaan WHO

Berdasarkan data terkini yang diperoleh di Malaysia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan Malaysia bakal menerima kemuncak kes pada pertengahan bulan ini. Mengikut kepada perkiraan WHO, jumlah pesakit COVID-19 juga dijangka akan meningkat di hospital pada waktu tersebut.

Walaupun Malaysia sudah menampakkan tanda-tanda lengkungan kes semakin mendatar, tetapi sekiranya orang ramai mengambil ringan tentang arahan perlindungan diri maka kes akan kembali melonjak. Pada masa ini, amat penting untuk orang ramai konsisten dengan langkah-langkah perlindungan diri sehingga lah Malaysia mencapai kadar sifar kes.

Advertisement

Kenyataan ini disahkan lagi oleh ketua misi merangkap wakil WHO ke Malaysia, Brunei dan Singapura, Ying-Ru Lo. Beliau berkata jumlah pesakit kritikal di negara ini dijangka akan meningkat pada minggu hadapan.

Malaysia mempunyai jumlah jangkitan COVID-19 tertinggi di Asia Tenggara dengan 3,116 kes yang disahkan dan sudah mengeluarkan larangan perjalanan bagi membendung penularan wabak ini.

covid-19

Katanya, jumlah pesakit yang kritikal pula dijangka memuncak menjelang minggu depan tetapi ramalan WHO itu mungkin boleh berubah. Tetapi harus diingat Malaysia juga menunjukkan perubahan yang baik untuk kadar penurunan kes di mana seramai 767 pesakit telah sembuh sepenuhnya.

Tambah beliau, data mengenai jangkitan baharu setakat ini dan langkah pemantauan tambahan tidak menunjukkan penyebaran meluas wabak dalam kalangan penduduk negara ini.

Buat masa ini, WHO mengumumkan Amerika Syarikat catat kes dijangkiti paling tinggi manakala Itali catat kematian dan kadar kematian tertinggi. Sementara Malaysia merekodkan 50 kematian dengan kadar kematian 1.6% manakala kadar kematian COVID-19 seluruh dunia 5%. Orang ramai disarankan untuk terus mengikuti arahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini kerana tempoh dua minggu ini adalah sangat penting.

Artikel berkaitan: China Terima 1,300 Kes COVID-19 Yang Tidak Mempunyai Gejala

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...