(COVID-19): Lima Buah Sekolah Berkaitan Kluster Sivagangga Diarah Tutup Serta-Merta

COVID-19

(COVID-19): Lima Buah Sekolah Berkaitan Kluster Sivagangga Diarah Tutup Serta-Merta

Lima buah sekolah di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap di Kedah diarahkan tutup kerana mempunyai kaitan dengan kluster PUI Sivagangga bermula hari ini sehingga 29 Ogos depan. Ianya adalah bagi menyekat penularan wabak COVID-19.

Kerajaan negeri Kedah menyatakan hari ini, sekolah yang terbabit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hosba, SMK Megat Dewa, Sekolah Kebangsaan (SK) Hosba dan SK Megat Dewa di Kubang Pasu manakala di Padang Terap ialah SK Kubang Palas.

Perkara itu diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam mesyuarat bersama Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor hari ini selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (TEMCO) di Mukim Ah, Mukim Hosba dan Mukim Binjal (Kubang Pasu) serta Kampung Ulu Padang Sanai (Padang Terap).

Advertisement

Anoggota polis yang memeriksa kawasan sekitar Napoh.

“Ia melibatkan kawalan pergerakan orang awam pada radius satu kilometer daripada Restoran Nasi Kandar Salleh, Napoh yang terlibat.”

Kesemua guru yang tinggal di kawasan TEMCO tidak dibenarkan untuk hadir bertugas manakala guru yang tinggal di luar kawasan berkenaan tidak dibenarkan untuk ke sekolah yang berada berhampiran kawasan TEMCO.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...