COVID-19: Lebih 16 Juta Rakyat AS Mohon Faedah Pengangguran Dalam Tempoh 3 Minggu Ini

COVID-19

COVID-19: Lebih 16 Juta Rakyat AS Mohon Faedah Pengangguran Dalam Tempoh 3 Minggu Ini

Amerika Syarikat pada masa ini bukan sahaja semakin mencatatkan peningkatan kes COVID-19 malah kadar pengangguran di negara itu juga dilihat semakin meningkat. Ini dibuktikan lagi dengan berjuta rakyat mereka kini memohon faedah pengangguran selepas kemelesetan ekonomi akibat pandemik itu.

Di dalam tempoh tiga minggu ini sahaja, 16.8 juta penduduk AS memohon untuk mendapatkan faedah pengangguran. Gara-gara kejatuhan ekonomi negara itu, selama dua minggu berturut-turut sebanyak enam juta permohonan telah dikemukakan rakyat mereka.

Advertisement

Pakar menjangkakan kadar pengangguran di AS akan mencecah 20 juta pada bulan ini.

Laporan mingguan pengangguran oleh Jabatan Buruh AS mengukuhkan lagi keyakinan bahawa ekonomi AS kini berdepan dengan kemelesetan yang teruk. Penutupan premis perniagaan telah menyebabkan berjuta rakyat kehilangan pekerjaan selepas pandemik itu mencatatkan peningkatan drastik di negara itu.

amerika syarikat covid-19Dengan lebih daripada 95 peratus rakyat Amerika Syarikat kini di bawah perintah ‘stay at home’, permohonan untuk mendapatkan faedah pengangguran dijangka semakin meningkat. Menurut penganalisis kanan syarikat pekerjaan di Glassdor, Daniel Zhao, kerajaan AS perlu menggariskan keperluan segera bagi menghentikan kejatuhan ekonomi ke tahap lebih teruk.

Katanya, peningkatan kadar pengangguran itu adalah akibat daripada kebanyakan premis perniagaan, termasuk restoran dan bar menutup operasi mereka. Perniagaan juga menggalakkan mereka yang bekerja dengan gaji paling rendah untuk memohon faedah pengangguran untuk memanfaatkan tambahan $600 seminggu sehingga empat bulan.

Kadar pengangguran naik 0.9 mata peratusan, perubahan satu bulan terbesar sejak Januari 1975 kepada 4.4 peratus pada bulan Mac. Kerajaan berkata kadarnya mungkin 5.4 peratus jika tidak kerana kesalahan salah klasifikasi semasa tinjauan isi rumah. Kebanyakan pakar ekonomi memberitahu AS telah melalui fasa kemelesetan ekonomi sejak Mac lalu.

Artikel berkaitan: Ekonomi Negara Akan Lemah Jika PKP Terus Dilanjutkan, Ini Ulasan Pakar

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...