COVID-19: Lalui Latihan ‘Post-Basic’, 3,000 Staf Perubatan Pesara Dipanggil Semula

Trending

COVID-19: Lalui Latihan ‘Post-Basic’, 3,000 Staf Perubatan Pesara Dipanggil Semula

Umum mengetahui bahawa jumlah petugas kesihatan barisan hadapan yang ada sekarang tidak mampu memberikan perkhidmatan rawatan yang efisien kepada pesakit COVID-19. Jikalau masalah ini belanjutan ia akan memberi impak yang besar kepada pengurusan wabak ini pada masa akan datang.

Ini berikutan laporan mengenai 1,895 kakitangan KKM yang telah melalui saringan dan diletakkan di bawah pengawasan akibat wabak berkenaan. Daripada jumlah itu, tiada kakitangan didapati positif COVID-19 manakala 1,187 kakitangan disahkan negatif dan 708 masih menunggu keputusan.

Advertisement

Disebabkan oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meminta jasa 3,000 pesara dan jururawat supaya kembali mengerah keringat mereka demi merawat pesakit jangkitan COVID-19.

3,000 petugas kesihatan kembali bertugas

Proses pengurusan bagi mendapatkan khidmat kumpulan terbabit kini sedang berjalan. Selain itu, KKM juga akan mendapatkan perkhidmatan 3,500 jururawat dan pembantu perubatan bagi menghulurkan bantuan di saat getir ini. Kakitangan perubatan ini juga dikhabarkan sedang melalui kursus latihan lanjutan bagi melengkapi mereka dengan ilmu yang sepatutnya bagi menghadapi situasi ini.

Seramai 2,400 jururawat terlatih sudah pun dikerahkan dan diagihkan ke hospital serta klinik memerlukan.

Para netizen turut meluahkan rasa berterima kasih dengan para kakitangan perubatan ini yang sanggup kembali menyarung uniform mereka untuk berbakti kepada Malaysia. Doa rakyat mengiringi mereka semua.

Semoga semuanya selamat sahaja dan wabak COVID-19 dapat dibendung tak lama lagi.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...