(COVID-19): KL, Selangor & Putrajaya Dikenakan PKPB Mulai 14 Oktober

COVID-19

(COVID-19): KL, Selangor & Putrajaya Dikenakan PKPB Mulai 14 Oktober

Berikutan peningkatan kes COVID-19, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, bermula tengah malam 14 hingga 27 Oktober ini.

Advertisement

Namun, di seluruh Sabah pula PKPB akan berkuat kuasa pada tengah malam 13 Oktober dan berakhir pada 26 Oktober ini.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri Kanan (Keselamatan), keputusan itu dilaksanakan selepas mendengar nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

Dedahnya lagi, selain pertambahan jangkitan di Gombak serta daerah lain, ia juga dibuat susulan peningkatan dan penularan kes yang berlaku, termasuk di Klang dan Petaling.

Tambahnya, berikutan penguatkuasaan PKPB itu, pergerakan keluar masuk atau merentas daerah adalah tidak dibenarkan.

“Hanya dua orang dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan. Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, TADIKA, TASKA, pusat tahfiz, taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup,”

Bagaimanapun buat pekerja yang perlu merentas daerah, mereka dikehendaki menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

Sumber: BH Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...