COVID-19: KKM Keluarkan Borang Untuk Sukarelawan Yang Ingin Membantu

COVID-19

COVID-19: KKM Keluarkan Borang Untuk Sukarelawan Yang Ingin Membantu

Ketika ini kita sering mendengarkan rungutan daripada rakyat Malaysia yang berasa lelah kerana perlu duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Hal ini bagi menghentikan penularan wabak COVID-19 yang sedang menimpa negara kita.

Namun sedarkah kita bahawa sedang kita duduk di rumah, ramai daripada petugas kesihatan barisan hadapan yang sedang bertungkus-lumus bekerja lebih masa untuk melawan virus ini.

Advertisement

Baca: Duduk Di Rumah Diam-diam Perdana Menteri Rayu Orang Ramai Ikuti Perintah Kawalan Pergerakan

Terkini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuka ruang kepada sukarelawan yang sedia berkhidmat untuk membantu pihak kesihatan dan perubatan negara dalam usaha menangani penularan wabak COVID-19.

Dikhabarkan seramai 157 sukarelawan telah menyertai dan ditempatkan secara berperingkat untuk membantu pasukan bantuan kesihatan dan perubatan yang menguruskan kes COVID-19.

1,008 lagi sukaralewan bakal menyertai pasukan perubatan di hospital. Dipercayai, mereka adalah sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai profesion dalam bidang perubatan.

Mengambil kira situasi semasa, KKM juga menyeru kepada masyarakat diluar sana untuk tampil membantu. Supaya lebih ramai sukarelawan dapat menyertai pasukan bantuan kesihatan dan perubatan COVID-19 dengan mengisi Borang Pendaftaran Anggota Sukarelawan Pasukan Bantuan Kesihatan Dan Perubatan COVID-19 di laman sesawang Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia.

Proses pengambilan kakitangan tambahan dan sokongan masih lagi diteruskan buat masa ini.

Gambar Hiasan

Menurutnya lagi, penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) ketika ini lebih tertumpu kepada saringan untuk golongan pelarian dan pendatang asing.

NGO setakat ini yang membantu adalah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), Pasukan Tindakan dan Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET), Muslim Relief Agency dan MERCY Malaysia.

Dikatakan, NGO lebih menumpukan perhatian dalam memberi perkhidmatan bantuan rawatan kepada pelarian Rohingya dan pendatang asing tanpa izin (PATI) ramai daripada mereka takut datang ke klinik atau hospital.

Siapa yang berminat, boleh mengisi borang tersebut di sini.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...