(COVID-19): KFC Buang Slogan ‘It’s Finger Lickin Good’ Sementara Waktu

COVID-19

(COVID-19): KFC Buang Slogan ‘It’s Finger Lickin Good’ Sementara Waktu

Slogan Finger Lickin’ Good atau Sedap Hingga Menjilat Jari daripada Kentuky Fried Chicken (KFC) pastinya telah menjadi sesuatu yang sinonim dalam kehidupan kita. Ini kerana KFC merupakan di atnara francais makanan segera yang cukup sebati dengan masyarakat sejak 1950-an lagi.

Walau bagaimanapun, KFC mungkin terpaksa tidak menggunakan seketika penggunaan slogan ini selepas slogan tersebut dikatakan tidak sesuai digunakan sewaktu pandemik COVID-19 teruk melanda dunia ketika ini.

Advertisement
Keep Far from COVID?: Finger-lickin' is out under hygiene guidelines.

KFC telah menghentikan penggunaan slogan itu buat sementara waktu bagi menjaga sensitiviti pelanggan. Namun kebanyakkan pelanggan menyatakan mereka tidak mempunyai masalah terhadap slogan yang telah lama digunakan oleh KFC itu.

Pada bulan Mac, Lembaga Piawaian Pengiklanan telah menerima 163 aduan mengenai iklan television KFC yang memaparkan individu menjilat jari ketika menikmati hidangan mereka.

KFC bagaimanapun memberitahu mereka akan kembali menggunakan slogan ini apabila keadaan kembali sesuai.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...