COVID-19: Kerajaan Sumbang 10 Juta Topeng Muka Percuma Untuk Rakyat

COVID-19

COVID-19: Kerajaan Sumbang 10 Juta Topeng Muka Percuma Untuk Rakyat

Umum mengetahui bahawa bekalan perlindungan dalam mencegah penularan COVID-19 kian surut di pasaran. Sehinggakan farmasi dan pasar raya sudah berulang kali memasukkan stok seperti cecair pembasmi kuman dan topeng muka baru, namun pasti akan hilang daripada rak dalam sekelip mata.

Melihatkan kesusahan rakyat Malaysia dalam mendapatkan bekalan penting ini, kerajaan telah membuat keputusan untuk mengagihkan 10 juta keping topeng muka secara percuma kepada yang memerlukan.

Advertisement

Kerajaan juga akan terus mengimport bekalan keperluan tersebut daripada China sehinggalah pengeluar tempatan di negara ini mampu menyediakan jumlah yang cukup untuk keperluan domestik negara ini. Peruntukan untuk topeng muka ini telah disediakan kerajaan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di mana harganya ialah RM1.18 sen sekeping.

kerajaan sumbang 10 juta topeng muka

Gambar hiasan

Perdana Menteri ke-8 menegaskan bahawa topeng muka itu akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia dan ianya adalah sepenuhnya sumbangan kerajaan.

Rata-rata rakyat juga meluahkan rasa tidak puas hati mereka apabila harga siling topeng muka naik daripada 80 sen sekeping kepada RM2.00 baru-baru ini. Pun begitu, ianya ditolak oleh kerajaan kerana tidak sesuai dengan krisis yang dihadapi Malaysia sekarang. Harga kawalan akan diteliti semula supaya semua orang dapat memilikinya dengan harga yang berpatutan.

Diharap bantuan ini dapat meringankan beban rakyat yang susah untuk mendapatkan bekalan topeng muka.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...