COVID-19: Jemaah Menteri Potong Gaji Dua Bulan Untuk Bantu Rakyat Yang Terjejas

Trending

COVID-19: Jemaah Menteri Potong Gaji Dua Bulan Untuk Bantu Rakyat Yang Terjejas

Seperti yang diketahui semua, Malaysia kini berada dalam saat genting dek penularan wabak COVID-19 yang kian melarat. Pelbagai usaha yang telah dilakukan bagi membantu rakyat supaya dapat mengharungi dugaan ini sehingga ianya pulih nanti.

Antara inisiatif yang dijalankan oleh Perdana Menteri ke-8 iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah pelancaran Tabung COVID-19 dengan geran RM1 juta sebagai bantuan kepada golongan yang terjejas kerana penularan wabak ini.

Advertisement

Terbaru, kerajaan mengumumkan potongan gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri selama dua bulan sebagai usaha mengukuhkan solidariti bersama rakyat.

menteri potong gaji dua bulan untuk covid-19

Kesemua sumbangan ini akan disalurkan ke Tabung Covid-19.

Langkah ini membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak Covid-19.

Tabung COVID-19 dilancarkan pada 11 Mac lalu sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu.

Setakat ini, jumlah sumbangan yang dikumpul oleh Tabung COVID-19 ialah sebanyak RM8,493,103.48.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...