COVID-19 yang teruk melanda dunia dianggap sebagai satu malapetaka kepada sektor kesihatan mahupun ekonomi. Walaupun begitu, bagi sesetengah individu yang bijak mencuri peluang ia mampu ditukar menjadi lubuk rezeki bagi menambahkan pendapatan.
Tidak kurang juga ada sehingga yang berjaya menjadi kaya raya sewaktu penularan pandemik ini.
Salah satunya merupakan pengasas bersama Riverstone Holdings Ltd, Wong Teek Son yang kini dinilai sebanyak USD1.2 bilion (RM5 bilion) setelah permintaan untuk produk keluaran syarikatnya naik melonjak sejak beberapa bulan lalu.
Dengan permintaan sarung tangan yang tinggi dari seluruh dunia buat masa ini, pandemik COVID-19 telah melahirkan satu lagi billionair dari Malaysia.
Wong kini berjaya menjadi billionair kelima di Malaysia melalui perniagaannya itu.
Sebelum ini, Datuk Seri Stanley Thai Kim Sim dan Kossan Rubber Industries milik Supermax Corp Tan Sri Lim Kuang Sia turut berjaya menjadi jutawan disebabkan permintaan produk ini yang tinggi.
Buat masa ini, pengeluar sarung tangan di Malaysia dilihat sebagai syarikat paling berharga di negara ini selepas saham mereka melonjak lebih daripada 192% pada tahun ini sahaja.