(COVID-19): Indonesia Bangunkan Vaksin Dengan Nama Merah Putih

COVID-19

(COVID-19): Indonesia Bangunkan Vaksin Dengan Nama Merah Putih

Kini seluruh dunia sedang berlumba-lumba bagi membuat kajian sekaligus memperkenalkan vaksin bagi COVID-19. Terbaharu, Indonesia mengumumkan kini sedang membangunkan vaksin untuk COVID-19 yang dinamakan vaksin Merah Putih.

Ia dijangka mampu untuk dikeluarkan pada pertengahan tahun 2021.

Advertisement

Presiden Indonesia Joko Widodo berkata, penyelidikan dan pembangunan vaksin itu sedang dilakukan Lembaga Biologi Molekuler Eijkman (LBM), menerusi kerjasama dengan syarikat dari China, dengan menggunakan DNA virus asli Indonesia.

“Kita bisa (boleh) produksi lebih banyak dan kalau yang kita miliki berlebih, boleh dijual ke negara lain, kerana di ASEAN saya lihat belum ada yang siap (menghasilkan) vaksin.” 

Indonesia menerusi LBM, badan di bawah Kementerian Riset dan Teknologi Indonesia telah bekerjasama dengan syarikat biofarmaseutikal dari China, iaitu Sinovac Biotech bagi melakukan penyelidikan vaksin COVID-19, sejak beberapa bulan lepas.

Turut dilaporkan vaksin itu kini memasuki fasa ketiga ujian dan jika berjaya, Indonesia bakal mengeluarkan 290 juta dos vaksin itu menjelang akhir 2021.

Dalam pada itu, kes positif COVID-19 keseluruhan di Indonesia kini berterusan meningkat kepada 155,412 kes, manakala kes kematian keseluruhan meningkat kepada 6,759 orang.

Sehingga semala, sebanyak 79 lagi kematian berlaku, manakala sebanyak 1,877 kes positif baharu direkodkan dalam tempoh berkenaan.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...