COVID-19: India Mula Mengenakan Cop Tangan Kepada Orang Ramai Yang Perlu Dikuarantin Di Rumah

Trending

COVID-19: India Mula Mengenakan Cop Tangan Kepada Orang Ramai Yang Perlu Dikuarantin Di Rumah

Tindakan mengenakan cop tangan pada setiap penduduk di India, menunjukkan betapa seriusnya arahan kuarantin di rumah. Ini telah membawa kepada penangkapan 4 individu atas kesalahan melanggar arahan tersebut.

Berdasarkan gambar yang telah dikongsi, cop tersebut tertera dengan jelas perkataan ‘HOME QUARANTINED’ dan juga tarikh tempoh kuarantin yang dikenakan iaitu selama 14 hari.

Advertisement

Ibu negara India, Mumbai yang menempatkan penduduk seramai 18 juta itu telah menggunakan slogan ‘Proud to Protect Mumbaikars’ agar setiap orang mengambil perhatian bagi menghentikan penyebaran virus Covid-19.

cop tangan

Penggunaan cop tersebut telah dimulakan pada isnin lepas selepas kerajaan Maharashtra yang merupakan ‘rumah’ kepada Mumbai telah menerima 137 kes positif Covid-19.

Mereka yang telah diarahkan untuk dikuarantinkan tetapi tidak mahu tinggal di hospital atau hotel dan ingin pulang ke rumah, mereka seharusnya mempunyai rasa tanggungjawab.

Arahan kuarantin akan memastikan tiada sesiapa yang berada di luar dengan bebas dan wajib untuk mematuhi peraturan kuarantin dengan tegas.

Tindakan drastik ini berlaku apabila pakar berpendapat negara dengan jumlah penduduk sebanyak 1.3 bilion ini boleh menjadi sasaran global untuk virus ini merebak dan menyebabkan lebih banyak kematian.

Penangkapan individu yang melanggar arahan kuarantin dikesan apabila mereka menaiki tren ketika tempoh kuarantin dijalankan berdasarkan cop yang terdapat di tangan mereka.

India

Individu tersebut memperoleh cop tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai selepas pulang dari Jerman. Mereka perlu melakukan proses pengasingan kerana risiko ketika berada di negara Eropah.

Selepas dibawa ke hospital kerajaan untuk melakukan ujian saringan dan didapati negatif, kuarantin tetap juga dijalankan untuk mengelakkan sebarang risiko penyebaran virus dengan lebih cepat.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...