Susulan peningkatan kes Covid-19 yang mendadak, Hospital kerajaan di negara ini diarah supaya bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku situasi luar jangka.
Ia termasuk mengoptimumkan kemudahan di institusi kesihatan itu termasuk katil di hospital hybrid Covid-19 yang juga perlu dioptimumkan penggunaannya, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
“Sumber tenaga manusia di hospital di negeri masing-masing juga perlu dioptimumkan sepenuhnya, bertujuan membolehkan lebih banyak mobilisasi secara dalaman dilakukan”
Dr Noor Hisham, baru-baru ini memaklumkan kadar penggunaan semasa katil rawatan kritikal (ICU) Covid-19 di Lembah Klang secara keseluruhannya mencapai 90 peratus.
Dr Noor Hisham juga turut memaklumkan penangguhan pembedahan dan prosedur elektif di hospital seliaan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membolehkan lebih banyak katil hospital, termasuk di ICU digunakan untuk merawat pesakit Covid-19.
“Penanguhan ini juga bagi membolehkan anggota dari semua bidang klinikal dimobilisasikan bagi membantu perawatan Covid-19, termasuk di ICU”
Susulan penangguhan pembedahan dan proses elektif itu, katanya, sebahagian anggota pelbagai kategori, iaitu pakar, pegawai perubatan, jururawat, penolong pegawai perubatan dan berkaitan daripada semua disiplin klinikal dan bukan klinikal, perlu di mobilisasi secara sementara ke wad Covid-19, termasuk di ICU.
Semoga semuanya dipermudahkan. Aamiin..