Hari ini, Malaysia telah merekodkan sebanyak 865 kes positif baharu, dan dari pecahan tersebut, 858 kes adalah kes penularan tempatan dan 7 kes import.
Susulan itu, pakar perubatan juga telah menjangkakan bahawa gelombang ketiga yang kini dihadapi oleh Malaysia bakal berlanjutan sehingga awal tahun depan.
Namun, ini juga bergantung pada perolehan vaksin untuk wabak COVID-19.
Tambah pakar perubatan kesihatan awam, Dr Ahmad Zaid Fattah Azman juga, kes ini dijangka meningkat dengan lebih agresif jika kadar kebolehjangkitan semakin tinggi. Justeru itu, beliau menyarankan agar kerajaan lebih agresif dalam membendung penular wabak COVID-19 ini.
Ramai masih gagal mematuhi SOP, dan ini bakal melumpuhkan sistem perkhidmatan hospital jika keadaan seperti ini berlarutan.
Memetik lagi dari temubual bersama Berita Harian, kebarangkalian ramai rakyat Malaysia gagal mematuhi SOP akibat “penat” akibat pandemik yang berlanjutan ini.
Pastinya pemimpin negara memainkan peranan penting untuk memberi penerangan pada rakyat mengenai penularan wabak COVID-19 dan juga pentingya pematuhan SOP.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham pula, pihak KKM dapat membendung gelombang ketiga dari berlarutan jika semua pihak memberi kerjasama dalam pematuhan SOP.
Sekiranya kadar kebolehjangkitan atau R-naught (R0) dapat dikurangkan, kita pasti dapat membendung penularan wabak COVID-19. Berdasarkan R-naught 1.5, Malaysia mungkin merekodkan 1,200 atau 1,300 kes sehari pada 31 Oktober.