(COVID-19): Gambar-Gambar Mengejutkan Ratusan Pengunjung Berpesta Air Di Wuhan Tanpa Penjarakan Sosial

COVID-19

(COVID-19): Gambar-Gambar Mengejutkan Ratusan Pengunjung Berpesta Air Di Wuhan Tanpa Penjarakan Sosial

Beberapa keping gambar tular menunjukkan ratusan pengujung dalam satu pesta air besar-besaran dipercayai di Wuhan, China.

Wuhan sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila menjadi punca penularan wabak COVID-19 yang dipercayai berpunca daripada pasar makanan eksotik tempatan.

Advertisement

TOPSHOT-CHINA-LIFESTYLE

Gambar-gambar yang dipercayai diambil pada hujung minggu lalu di Wuhan Maya Beach Water Park itu, menunjukkan pengunjung yang berpesta riang seakan telah melupakan risiko jangkitan yang boleh berlaku disebabkan tiada penjarakan sosial dan tidak memakai pelitup muka.

CHINA-LIFESTYLE

Mereka dilihat gembira menyaksikan persembahan sambil berendam menyejukkan diri sewaktu musim panas di sana.

CHINA-LIFESTYLE

Pihak berkuasa Wuhan sebelum ini telah mengenakan perintah berkurung ke atas bandar berkenaan bagi membendung penularan wabak tersebut yang ditamatkan pada 8 April lalu.

Sebelum ini bandar yang mempunyai sekitar 11 juta penduduk itu telah mencatatkan lebih 3,000 kematian. Susulan itu, semua pengangkutan awam, termasuk bas, kereta api, penerbangan, dan perkhidmatan feri ditangguhkan dan pergerakan di luar kawasan kediaman turut tidak dibenarkan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...