COVID-19 Di Malaysia Di Jangka Berakhir Pada 14 Julai Jika Rakyat Terus Patuh SOP

COVID-19

COVID-19 Di Malaysia Di Jangka Berakhir Pada 14 Julai Jika Rakyat Terus Patuh SOP

Berdasarkan data perbandingan kes harian berbanding unjuran pemodelan pada 21 Mei, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan wabak COVID-19 bakal berakhir pada 14 Julai depan.

Perbandingan ini turut mengambil kira kes import, kes warga asing di depoh tahanan dan warga asing dalam komuniti.

Advertisement

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tarikh 14 Julai itu boleh dicapai sekiranya orang ramai terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“KKM ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia kerana memberi kerjasama kepada kerajaan untuk mencapai pencapaian ini dalam membendung penularan COVID-19.”

Menurutnya juga, menjelang hari ke-29 sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan pada 4 Mei lalu, kerajaan telah membenarkan pembukaan beberapa sektor ekonomi secara terkawal dan berhati-hati dengan pelbagai SOP telah diperkenalkan.

Pada perkembangan yang sama, tiga kluster telah tamat di mana tiada lagi kes aktif direkodkan. Ia melibatkan Kluster Madrasah Ayer Merbau (41 kes), Kluster Kampung Baru (24 kes) dan Kluster Malayan Mansion (13 kes).

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...