COVID-19 Di Amerika Syarikat Akan Jadi Lebih Teruk Sebelum Bertambah Baik Menurut Donald Trump

COVID-19

COVID-19 Di Amerika Syarikat Akan Jadi Lebih Teruk Sebelum Bertambah Baik Menurut Donald Trump

Pandemik COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) mungkin akan bertambah parah sebelum ia menjadi lebih baik.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyatakan perkara itu pada taklimat media di Rumah Putih pada Selasa lalu.

Advertisement

“Mungkin, ia akan menjadi lebih buruk sebelum keadaan menjadi lebih baik, sesuatu yang saya tidak suka untuk katakan tetapi itulah hakikatnya.”

Menurut Trump beberapa kawasan di AS kini menunjukkan perkembangan baik namun masih banyak lagi kawasan yang terjejas teruk akibat pandemik itu.

Florida antaranya kini sedang melalui saat getir. Lebih 3.8 juta penduduk AS dilaporkan dijangkiti virus itu, dengan lebih 141,000 kematian. Menurut Johns Hopkins University, beberapa buah neger termasuk Florida mengalami peningkatan kes yang ketara.

Namun ketika taklimat itu Trump kelihatan tidak memakai pelitup muka, walaupun mengakui penggunaannya berkesan untuk membendung penularan COVID-19.

“Tidak kira sama ada anda suka pelitup muka atau tidak, ia mempunyai kesan. Kami meminta semua orang apabila anda tidak boleh amalkan penjarakan sosial, pakailah pelitup muka.” 

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...