COVID-19: China Hantar Bekalan Topeng Muka, Jack Ma Foundation Pula Sumbang Bekalan Perubatan Ke Malaysia

COVID-19

COVID-19: China Hantar Bekalan Topeng Muka, Jack Ma Foundation Pula Sumbang Bekalan Perubatan Ke Malaysia

Malaysia menerima 100,000 keping topeng muka tiga lapis yang dihantar oleh kerajaan China dan sumbangan itu telah tiba di negara hari ini. Berita baik ini telah dikongsi oleh Menteri Luar menerusi laman Facebook rasminya.

Sumbangan topeng muka tersebut telah diluluskan oleh Presiden China-Asia Economic Development Association (CAEDA). Syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia akan mengambil bekalan tersebut dari China secara sukarela.

Advertisement

Topeng muka tersebut akan disimpan dan diuruskan oleh syarikat farmaseutikal terbesar Malaysia iaitu Pharmaniaga, dengan persetujuan untuk menempatkan dan menyimpannnya di gudang mereka.

China

Agihan topeng muka akan dilakukan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia. Kedutaan China di Kuala Lumpur juga telah menyumbangkan beberapa peralatan perubatan kepada Hospital Sungai Buloh. Duta China di Malaysia iaitu Bai Tian telah berjumpa dengan Menteri Luar bagi membincangkan usaha dalam menangani wabak Covid-19 di negara ini.

Menerusi perjumpaan tersebut, Bai Tian bersetuju untuk membantu Malaysia dengan membekalkan peralatan perubatan seperti topeng muka, cecair pembasmi kuman dan peralatan penting yang lain.

topeng muka

Sementara itu, Jack Ma Foundation dan Alibaba Foundation telah mengumumkan akan memberikan sumbangan peralatan perubatan ke Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina. Kedua-dua yayasan tersebut telah berhubung dengan keempat-empat negara ini dan menyampaikan cadangan mereka untuk menyumbang bekalan perubatan.

Sumbangan tersebut berupa 2 juta topeng muka, 150,000 alat penguji, 20,000 sut pelindung dan 20,000 perisai muka untuk diagihkan ke Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.

Matlamat yayasan ini adalah untuk membantu memerangi virus Covid-19 di negara yang terlibat dengan memberikan sokongan dari segi bentuk bantuan peralatan perubatan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...