(COVID-19): California Makin Parah Dengan Lebih 9,000 Kes Baharu Dicatatkan Dalam Sehari

COVID-19

(COVID-19): California Makin Parah Dengan Lebih 9,000 Kes Baharu Dicatatkan Dalam Sehari

California kini menjadi negeri paling teruk terjejas di Amerika Syarikat akibat penularan wabak COVID-19.

Kes baharu telah melonjak sebanyak 9,032 kes pada Sabtu lalu, lapor agensi berita Xinhua, melalui Jabatan Kesihatan Awam di sana.

Advertisement

California yang mempunyai jumlah penduduk paling ramai iaitu sekitar 40 juta, mencatatkan peningkatan kes positif yang sehingga kini melepasi setengah juta atau 509,162 kes.

132 lagi kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah korban di sana seramai 9,356 orang. Sementara itu, sejumlah 8,035,975 ujian saringan COVID-19 telah pun dijalankan.

“Disebabkan peningkatan jumlah saringan, dijangkakan bilangan kes juga akan meningkat.”

Purata jumlah kes di California dalam sehari ialah 7,929 dan minggu lalu jumlah kes disahkan di sana telah mengatasi New York.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...