Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

COVID-19 Belum Lesap, Shima Anuar Kesal Lihat Ibu Bapa Bawa Anak Keluar Berjalan

Melihat ramai ibu bapa yang keluar ke pusat beli belah membawa anak kecil, pelakon Shima Anuar luah rasa kesal.

shima anuar

Advertisement

Menurut Shima, perkara itu dilihatnya ketika keluar menguruskan urusan harian secara sendiri di salah sebuah pusat membeli belah terkemuka.

Berita tersebut dikongsi Shima menerusi ruangan di “Instagram Story”.

shima anuar covid19

“Tapi tadi ada banyak keluarga keluar ramai-ramai siap bawa kanak-kanak lagi, seronok ya?”

Tambah Shima, beliau seakan mempersoalkan mengapa perkara sebegini boleh terjadi sedangkan rakyat dinasihatkan untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan penularan wabak COVID-19 yang masih belum reda sehingga kini.

Advertisement

“COVID-19 tu dah lesap dari dunia eh? ke ada yang pakai ubat kebal? kalau ada kongsi sikit mana beli.”

Bagaimanapun Shima seolah menyindir tindakan individu tidak bertanggungjawab tersebut malah menganggap sindirian itu mampu memberi pengajaran buat semua yang kurang peka terhadap keadaan sekeliling.

Untuk rekod, jumlah kes keseluruhan COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,819 kes dilaporkan sehingga semalam, malah 23 kes sembuh dan telah discaj direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 6,353 bersamaan (81.25%) kes setakat ini.

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. Zura Jamil

    June 2, 2020 at 12:50 pm

    Senang lah cakap.kalau tak ada anak..eloklah sambung pkp ,biar melingkup semua

  2. minah jambu say STAY AT HOME !!

    June 1, 2020 at 6:56 pm

    mintak2 pkp lagi lah degil orang2 ni semua..

  3. Anonymous

    June 1, 2020 at 4:43 pm

    ada sesetengah keluarga seperti ibu tunggal..(ibu tunggal yg yatim piatu) terpaksa bawa juga keluar anak sebab tiada org nak tlg jagakan….x semua mcm tu..harap jgn hukum semua parents mcm tu..bergantung pada keadaan sesebuah keluarga

    • minah jambu say STAY AT HOME !!

      June 1, 2020 at 7:38 pm

      kalau dh kerajaan dh cakap jangan bawak anak kecil keluar so jangan di bawak keluar ! jangan kasi alasan anak tkda orang jaga..kalau gitu asek kasi alasan anak takda orang jaga so semua orang akan kasi alasan yg sama…ibu bapa yg degil bawak jugak anak2 kelua alasan takda orang jaga harap2 kerajaan ambil tikdakan kasi PKP semula sampai orang2 ni semua dengar kata..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama