(COVID-19) Bapa Khabib Nurmagomedov Meninggal Dunia

COVID-19

(COVID-19) Bapa Khabib Nurmagomedov Meninggal Dunia

Bapa kepada bintang Ultimate Fighting Championship (UFC), Khabib Nurmagomedov meninggal dunia di hospital di Moscow semalam selepas dilaporkan mengalami komplikasi akibat dijangkiti COVID-19.

Menurut laporan portal antarabangsa RT News, Abdulmanap, 57, yang juga merupakan jurulatih lagenda itu terkena serangan jantung selepas disahkan dijangkiti wabak itu yang memerlukan beliau melakukan pembedahan.

Advertisement

Berdasarkan laporan doktor, keadaannya pada awalnya didapati serius tetapi stabil, namun beliau tidak dapat bertahan ekoran jangkitan wabak tersebut.

“Abdulmanap mengalami masalah serius membabitkan jantung dan otak. Pihak doktor berjaya merawat jantungnya tetapi tidak otaknya, jadi dia tidak sedar daripada koma.”

Khabib juga pernah dilatih oleh ayahnya yang merupakan seorang ahli gusti veteran sepanjang kariernya.

Abdulmanap telah menukarkan sebahagian daripada kawasan rumahnya kepada gimnasium di mana Khabib belajar untuk bergusti sebelum membuat debut pertamanya di gelanggang.

Kerana kejayaan Khabib, dia diangkat sebagai jurulatih terkenal di negaranya dan meraih gelaran bapa sukan MMA di Dagestan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...